Tuesday, December 30, 2014

FREEDOM !

Tumblr

Assalamualaikum pembuka bicara. setelah sekian lama aku tak update akhirnya terbuka jua hati aku nak update benda nie. Al maklumlah budak lepas spm yang mengangur memang macam nie lah gamaknya. Mati kutu tak tau nak buat apa. So terpaksalah menghabiskan masa dengan aktiviti menulis blog kesayangan gua ni. Heheheheheheeh. Aku bukan nak cakap apa lah kan. Aku rasa budak yang masih bersekolah tu memang beruntunglah sebab masih bersekolah. Serious aku katakan zaman sekolah memang momment paling terindah dalam hidup budak-budak sekolah. Nak nangis rasanya bila teringat kat kawan-kawan sekolah. Lepas nie semua buat haluan masing-masing. Tapi aku percayakan amanah tao yang sememangnya sporting. Aku harap amanah tao tak lupakan aku. Hahahahahaahah. Tapi bagi kawan-kawan aku yang dapat plkn, aku rasa diaorang seronok pergi sana. Aku faham, adakalanya mereka sedih disebabkan berpisah dengan keluarga memandangkan mereka tidak pernah berenggang dengan family diaorang kan? Aku pun kalau dapat kompem lah nangis malam. Nak-nak aku ni penakut orangnya. Lagilah menangis siang malam. Huaaaaaaa, tak dapat bayangkan 

Semua ingatkan bila habis sekolah best kan. Tapi bagi aku, bila sekolah lagi syok. Banyak momment indah dengan kawan-kawan yang tersayang. Owhhhh, sememangnya aku sayang kawan-kawan aku. serious no kidding. Hohohoohohohoho. Macam tak caya pulak aku nak 18. Rasa diri begitu tua. Heeeee. Mula hari ni. Mungkin aku kerap update blog nie lah. Mungkin. Kalau aku sibuk ke atau tahap kemalasan yang tak dapat dibendung.Memang aku tak update lah jawabnya.Bukannya apa, walaupun aku tak kerja, kadang-kadang aku pun busy jugak, Hehheheheheheheh, Kalau aku update pun, aku mungkin akan trowback cerita-cerita dengan amanah tao. Mungkin kalau ada cerita yang best-best aku update lah yee. Nanti kita jumpa lagi. 

Wednesday, December 25, 2013

A LONG TIME AGO

Untitled

Assalamualaikum pembuka bicara. Heheheheheh. Rasanya nak dekat setahun aku tak update benda nie. Mesti berhabuk habis. Semenjak form four aku memang malas gilo nak update. Tetapi entah apa kena entah dengan aku hari nie rajin bebeno nak update blog nie. Sebenarnya takda cerita yang menarik pon. sesaja je nak mengupdate. Gatal jari lah katakan. Cuma aku nak cerita sikit lah pengalaman pahit manis aku pada tahun 2013 nie. Banyak juga lah aku lalui sepanjang tahun nie. Tahun nielah aku kenal dengan subjek-subjek yang baru seperti addmath, biology, physics dan chemistry. Subjek-subjek tersebut memang mencabar minda dan otak lah aku cakap. Kalau kauorang tak study bebetul memang fail lah jawabnya. Tapi subjek yang paling susah sekali bagi aku adalah addmath. Hushh. subjek nie memang ngeri lah aku cakap. Subjek nielah membuatkan aku ada pengalaman pernah fail di sekolah menegah, subjek nie jugaklah mengajar aku erti kecewa, subjek nie jugaklah yang mengajar erti tidak berputus asa dengan mudah, subjek nie lah yang ajar aku erti kejatuhan. Bila dapat fail dalam sesuatu subjek memang kecewa habis kan? aku faham. sebab aku pernah merasa. Tapi aku harap aku kuat semangat dan tidak mudah berputus asa. Sebenarnya ini bukan pengakhiran, tapi permulaan. Aku harap aku dapat A dalam subjek addmath waktu SPM. SPM sebenarnya jauh berbeza sesangat berbanding dengan PMR dulu. SPM memang kau kena study kaw-kaw punya. Sebab keputusan dia memberi impak kat masa depan kau. So batch97, bersiap sedialah. Huhuhuhuhuhuhu.

Untitled

Aku harap, aku dapat keputusan SPM yang cemerlang yang dapat membanggakan parents aku. aku nak diaorang senyum je waktu aku bagitahu result aku. aku nak balas budi diaorang yang selama ini membesarkan dan sekolahkan aku. Aku harap kekawan aku pon dapat keputusan yang cemerlang, and then, kita dapat masuk U and finally kita dapat kerja yang bagus. AMIN ! NASHA dan kawan ku yang lain, harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Walaupun kita lepas SPM mungkin belajar kat tempat lain, aku harap kita takkan terpisah. Hehehehehehehehe. Kekal bersahabat hingga ke Jannah. AMIN!