Wednesday, December 25, 2013

A LONG TIME AGO

Untitled

Assalamualaikum pembuka bicara. Heheheheheh. Rasanya nak dekat setahun aku tak update benda nie. Mesti berhabuk habis. Semenjak form four aku memang malas gilo nak update. Tetapi entah apa kena entah dengan aku hari nie rajin bebeno nak update blog nie. Sebenarnya takda cerita yang menarik pon. sesaja je nak mengupdate. Gatal jari lah katakan. Cuma aku nak cerita sikit lah pengalaman pahit manis aku pada tahun 2013 nie. Banyak juga lah aku lalui sepanjang tahun nie. Tahun nielah aku kenal dengan subjek-subjek yang baru seperti addmath, biology, physics dan chemistry. Subjek-subjek tersebut memang mencabar minda dan otak lah aku cakap. Kalau kauorang tak study bebetul memang fail lah jawabnya. Tapi subjek yang paling susah sekali bagi aku adalah addmath. Hushh. subjek nie memang ngeri lah aku cakap. Subjek nielah membuatkan aku ada pengalaman pernah fail di sekolah menegah, subjek nie jugaklah mengajar aku erti kecewa, subjek nie jugaklah yang mengajar erti tidak berputus asa dengan mudah, subjek nie lah yang ajar aku erti kejatuhan. Bila dapat fail dalam sesuatu subjek memang kecewa habis kan? aku faham. sebab aku pernah merasa. Tapi aku harap aku kuat semangat dan tidak mudah berputus asa. Sebenarnya ini bukan pengakhiran, tapi permulaan. Aku harap aku dapat A dalam subjek addmath waktu SPM. SPM sebenarnya jauh berbeza sesangat berbanding dengan PMR dulu. SPM memang kau kena study kaw-kaw punya. Sebab keputusan dia memberi impak kat masa depan kau. So batch97, bersiap sedialah. Huhuhuhuhuhuhu.

Untitled

Aku harap, aku dapat keputusan SPM yang cemerlang yang dapat membanggakan parents aku. aku nak diaorang senyum je waktu aku bagitahu result aku. aku nak balas budi diaorang yang selama ini membesarkan dan sekolahkan aku. Aku harap kekawan aku pon dapat keputusan yang cemerlang, and then, kita dapat masuk U and finally kita dapat kerja yang bagus. AMIN ! NASHA dan kawan ku yang lain, harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Walaupun kita lepas SPM mungkin belajar kat tempat lain, aku harap kita takkan terpisah. Hehehehehehehehe. Kekal bersahabat hingga ke Jannah. AMIN!

No comments:

Post a Comment